Macam-Macam Ada Kek Lapis

Kenali Kami

ZORAIDAH HJ LEEN, adalah pemilik perseorangan Wannie Enterprise (Di wannie Cake) yang didaftarkan pada 15 Ogos 2007 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kuching walaupun telah beroperasi dari rumah semenjak 1995. Wannie Enterprise mula beroperasi dipremisnya, Lot 345 Lorong Satok 9, Jalan Satok, Kuching. Aktiviti utama perniagaan Zoraidah Hj Leen adalah menjalankan perniagaan Pemprosesan Kek Lapis Sarawak dan Pastri .

Lokasi Di'Wannie Cake

Lokasi Di'Wannie Cake - No.345, Lrg Satok 9, 93400 Kuching, Swk

Puan Zoraidah Hj Leen bermula sebagai perniagaan secara kecil kecilan dengan menerima tempahan Kek Lapis hanya bagi musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Hari Hari Keramaian sekitar tahun 1995. Fokus pada masa itu lebih kepada penerimaan tempahan daripada individu. Pada tahun 2000, beliau telah mula bergiat dengan lebih aktif dalam pemprosesan Kek Lapis Sarawak dengan menerima tempahan daripada badan badan Korporat yang mana Kek Lapis Sarawak dijadikan sebagai Hadiah Korporat (Corporate Gift). Untuk mempunyai daya saing yang tinngi, Zoraidah terus mempelajari pelbagai corak dan bentuk Kek Lapis Sarawak terkini. . Selain daripada itu Zoraidah juga mengikuti kursus pastri dengan Amy Decorating Cake Academy di Kuching dan beliau mempunyai Diploma dalam Cake Decorating daripada Cynthia Cake Training Academy dalam tahun 1993. .

Puan Zoraidah sedar akan potensi Kek Lapis Sarawak sangatlah baik memandangkan Kek Lapis Sarawak sememangnya begitu popular di kalangan penduduk Bumi Kenyalang dan juga pelancong tempatan terutama dari Semenanjung Malaysia sehinggalah ke negara jiran termasuk Brunei Darussalam dan Negara Timur Tengah. Beilau sengguh berbesar hati untuk mempromosikan dan mempertengahkan “ KEUNIKAN ” Kek Lapis Sarawak ke dunia.

Sijil Halal Di Wannie Cake

Sijil Halal Di Wannie Cake

HUBUNGI PENGEDAR KAMI :

1. ROSNANI BINTI LATIP

NO.6, JALAN P 11 K/5, PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA.

TEL : 03 – 8888 5549 /016 – 337 6987 / 019 – 337 7973

Email : danira_01@yahoo.com

2. MARIAH RAMLI

KMI DISTRIBUTION

BLK 416 EUNOS RD 5, 02-26, 400416 SINGAPURA

Tel : 659843732 / Email : mariahramli_kmi@hotmail.com

%d bloggers like this: