Macam-Macam Ada Kek Lapis

Soalan Lazim

LAZIMNYA JAWAPAN

1. BILA SAYA KE KUCHING, NAK BELI KEK LAPIS, SAYA KELIRU DENGAN HARGA-HARGA KEK YANG BERBEZA-BEZA.

YA, MEMANG RAMAI YANG KELIRU DENGAN KEADAAN INI, LEBIH-LEBIH LAGI BAGI YANG BARU DAN PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE SARAWAK. UNTUK PENGETAHUAN ANDA, HARGA BAGI KEK LAPIS BERGANTUNG KEPADA BAHAN YANG DIGUNAKAN. KEK LAPIS SARAWAK YANG ASLI HARUS MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN YANG BERKUALITI TINGGI UNTUK MENJAMIN KUALITI KEK. SILA RUJUK JADUAL 1 UNTUK PERBEZAAN ANTARA KEK LAPIS SARAWAK DI WANNIE CAKE DENGAN KEK-KEK LAPIS YANG LAIN.

DI WANNIE CAKE MEMENTINGKAN KUALITI DALAM PENGHASILAN SETIAP KEK. BAHAN-BAHAN YAG DIGUNAKAN ADALAH DARI YANG BERKUALITI TINGGI DAN DI LULUSKAN OLEH JABATAN KESIHATAN DAN JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS). MAKA, KEK-KEK YANG DIHASILKAN DIJAMIN KUALITINYA.

2. DI MANA LOKASI DI WANNIE CAKE?

ALAMAT KAMI :

NO.345, LORONG SATOK NO.9, JALAN SATOK, 93400 KUCHING, SARAWAK. SILA RUJUK LAMPIRAN 1 UNTUK PETA LOKASI.

3. BAGAIMANA SAYA NAK BUAT TEMPAHAN?

ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI MELALUI TELEFON ATAU EMAIL UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN. BAYARAN BOLEH DI BUAT MELALUI :

  • CREDIT CARD
  • DEBIT CARD
  • MAYBANK2U / CIMB CLICKS
  • WANG POS / TUNAI (BANK IN ACCOUNT)

4. ADAKAH BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN SELAMAT UNTUK DI MAKAN?

YA, BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN SEMEMANGNYA HALAL DAN SELAMAT ,TIADA BAHAN PENGAWET UNTUK DI MAKAN. SETIAP BAHAN YANG KAMI GUNAKAN TELAH MELEPASI PIAWAIAN JABATAN KESIHATAN DAN JUGA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS).

5. BAGAIMANA DENGAN KETAHANAN/JANGKA HAYAT KEK?

MERUJUK KEPADA JADUAL 1, KEK LAPIS YANG KAMI HASILKAN BOLEH BERTAHAN SEHINGGA 3-6 BULAN JIKA DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK DAN 3 MINGGU PADA SUHU BILIK.

LAMANYA..ADA LETAKKAN ‘ANTIMOULD’ (ANTI KULAT) ATAU ‘PRESERATIVE’ KE?

TIDAK, KAMI TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG ‘PRESERVATIVES’ MAHUPUN ‘ANTIMOULD’ UNTUK MEMASTIKAN KEK KAMI DAPAT BERTAHAN LAMA. INI ADALAH KERANA JANGKA HAYAT KEK LAPIS DI WANNIE DIJAMIN DENGAN PENGGUNAAN MENTEGA YANG BERKUALITI TINGGI (GOLDEN CHURN). SEBALIKNYA, JIKA MENGGUNAKAN ‘ANTI MOULD’, IANYA AKAN MEMBUAT KEK YANG DIHASILKAN BERASA PAHIT DAN TIDAK MENEPATI KUALITI KEK LAPIS DI WANNIE.

6. ADA PENSIJILAN HALAL KE?

YA, DI WANNIE CAKE MENDAPAT PENSIJILAN HALAL DARIPADA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK YANG BERKUATKUASA MULAI 23 JANUARI 2009 SEHINGGA 22 JANUARI 2011. SILA RUJUK LAMPIRAN DI LAMAN “Kenali Kami”

7. BAGAIMANA DENGAN PENGHANTARAN?

KAMI ADA MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK DENGAN CAJ PENGHANTARAN RM10 SEKILO. PROSES PENGHANTARAN MENGAMBIL MASA 1 HARI SAHAJA. CUMA, ADA SESETENGAH KAWASAN PEDALAMAN MEMERLUKAN 2-3 HARI UNTUK SAMPAI.

8. SAYA NAK BELAJAR BUAT KEK LAPIS SARAWAK…’TUNJUK AJAR KU SIFU’..

KAMI MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN ANDA DALAM BENGKEL MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK YANG DIKENDALIKAN OLEH DI WANNIE TRAINING & CONSULTANCY. UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI….

9. ADA CAWANGAN TAK DI KL?

BUAT MASA SEKARANG, KAMI TIDAK ADA MEMBUKA CAWANGAN DI KL. TAPI KAMI MEMPUNYAI PENGEDAR DI PUTRAJAYA ,KUALA LUMPUR DAN SINGAPORE. SILA HUBUNGI ….

10. SAYA BERHASRAT NAK JADI PENGEDAR KEK LAPIS DI WANNIE CAKE.

KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN 3 ORANG YANG MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH UNTUK MENJADI PENGEDAR KEK LAPIS DI WANNIE CAKE. HANYA TERHAD KEPADA 3 KAWASAN SAHAJA, IAITU PULAU PINANG, KUANTAN DAN KOTA KINABALU.

11. KEK SENTIASA ADA?

YA, PEMPROSESAN KEK LAPIS DILAKUKAN SETIAP HARI. NAMUN BEGITU, KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN LEBIH AWAL JIKA KEK YANG DIKEHENDAKI ADALAH KEK YANG BERCORAK DAN TEMPAHAN KHAS SEPERTI TEMPAHAN KEK PERKAHWINAN, PERTUNANGAN ATAU HADIAH KORPORAT.

JADUAL 1

PERBEZAAN KEK LAPIS DI WANNIE CAKE Vs. KEK LAPIS ‘X’

KEK LAPIS DI WANNIE CAKE KEK LAPIS ‘X’
MENTEGA GOLDEN CHURN BUTTER -MENTEGA JENAMA LAIN

-MARJERIN YANG DICAMPURKAN DENGAN MENTEGA

-MARJERIN YANG DICAMPURKAN DENGAN BUTTER OIL

TEPUNG TEPUNG HONG KONG TEPUNG GANDUM
PEWARNA PEWARNA CECAIR YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JABATAN KESIHATAN PEWARNA SERBUK
JANGKA HAYAT DALAM PETI SEJUK – 3 HINGGA 6 BULAN

SUHU BILIK – 3 MINGGU

DALAM PETI SEJUK – 1 MINGGU

SUHU BILIK – 3 HINGGA 4 HARI

BAHAN PENGAWET TIADA MENGANDUNGI PENGAWET
PENSINJILAN HALAL ADA KINI HANYA 2 PENGUSAHA KEK LAPIS SARAWAK, TERMASUK DI WANNIE CAKE YANG MEMILIKI PENSIJILAN

%d bloggers like this: